Muzium Negara, sebuah bangunan indah bercirikan senibina Melayu tradisional berdiri megah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur sebagai gedung khazanah sejarah negara. Kini Muzium Negara yang baru selesai dinaiktaraf pada tahun 2008, tampil lebih menarik dan interaktif dalam membawa pengunjung menerokai sejarah Malaysia bermula dari era prasejarah hingga ke Malaysia kini.
Pandangan Muzium Negara
Tempat letak kereta
Bagaimana hendak ke Muzium NegaraBasMenggunakan bas RapidKL No. 115 (bayaran RM 2.00 sehari untuk KL City Shuttle) dari KL Sentral. Perkhidmatan bas KL Hop-in Hop-off juga disediakan dan perhentian untuk ke Muzium Negara adalah di perhentian bas No. 12.
Komuter KTM dan Rapid Kelana Jaya Line (dikenali sebagai Putra LRT)Dari KL Sentral anda perlu berjalan dalam lingkungan 0.5 km ke Muzium Negara dengan menggunakan susur jalan yang telah ditetapkan dengan mengikut papan tanda yang disediakan.
MRTTurun di Stesen Muzium Negara
Peta Lokasi
Waktu buka dan bayaran masuk
- Waktu operasi 9:00 hingga 6:00 petang setiap hari
- Muzium akan ditutup pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha
- Kanak-kanak beseragam sekolah dan dibawah umur 12 tahun masuk percuma
Jenis Pelawat KadarWarganegara RM 2.00Warga Tua dan Orang Kelainan Upaya (OKU) RM 1.00Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah (warganegara) PercumaPelajar Sekolah Menengah berpakaian Seragam (warganegara) PercumaPelajar Sekolah Menengah tidak berpakaian Seragam (warganegara) RM 2.00Ahli International Council of Museums (ICOM) PercumaBukan Warganegara RM 5.00Kanak-kanak berumur (6 tahun hingga 12 tahun) (bukan warganegara) RM 2.00Kanak-kanak berumur kurang daripada 6 tahun (bukan warganegara) Percuma
Muzium ini terdiri daripadi empat galeri iaitu, Galeri A: Sejarah Awal, Galeri B: Kerajaan-Kerajaan Melayu, Galeri C: Era Kolonial, Galeri D: Malaysia Kini
Pelan Muzium Negara
Brosur Muzium Negara
Terdapat juga beberapa pameran yang dipamerkan diluar bangunan Muzium Negara
Antara pameran yang berkaitan dengan bidang pengangkutan tradisional dan moden
Kereta keluaran pertama Malaysia juga turut dipamerkan diluar bangunan Muzium
WEBSITE : http://www.muziumnegara.gov.my